Thursday, January 26, 2012

R U serious?


Date: 26/1/12
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs    LSCM 
jersy: F.U -black....      LSCM       - Mix


final score : F.U squad = 13 ...      LSCM     =11


line up-

Nakazato
Ricky
Endy
Numan
Adam
Arif
Krul


untuk session kali ni F.U ber friendly dengan team Liverpool Supporters Club (LSCM).game yang agak sedikit panas dengan body contact dan illegal tackle.


buat pengetahuan player-player F.U,untuk  dapatkan scheduled friendly session SETIAP MINGGU bukannya senang,kena ada plan yang panjang dan network yang ramai untuk memastikan setiap minggu kita ada team yang berminat nak friendly,nama pun friendly bukan nak cari lawan.jangan la nak rovers sangat.


buat masa ni belum masanya aku nak implement next week ban...tapi kalau setiap kali friendly ada je yang buat aksi porn panas mungkin aku terpaksa buat route macam ni.


berbalik pada friendly vs LSCM, F.U start dengan 2-2 10 to 5 minute changing subs.takde taktikal cuma basic 2-2 formation,bermula agak baik dua-dua team berbalas serangan sampai score 4 sama sehingga F.U membuat pertukaran pertama,lepas tu F.U dominate sekejap F.U-10 - LSCM -6....kemudian LSCM start to catch up.full time score  F.U squad = 13 ...  LSCM     =11


kesimpulannya kalau semua player F.U berdisplin dan buat ikut position masing-masing semua senang,nak passing pun mudah.




jadi untuk tournament 29/1/12 nanti kita akan cuba beberapa basic taktikal yang mudah.

Tuesday, January 24, 2012

defense woes


Date: 19/1/12
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs   KL pendidikan  F.C 
jersy: F.U -black....     KL pendidikan      - white


final score : F.U squad = 18 ...     KL pendidikan F.C    =19


line up-

Nakazato
Ricky
Endy
Numan
Adam
Arif


on leave - Krul.


kekalahan kali kedua-


last session bertemu dengan pasukan legend KL pendidikan f.c,team yang dah lama bertapak dalam arena futsal.dah banyak kali friendly dengan F.U,tapi apakan daya tiap kali F.U jumpa team ni mesti kalah.itu realitinya F.U tak dapat kumpul kekuatan penuh...apa nak buat keeper ada hal.


keseluruhan performance biasa-biasa je,semua faham dengan taktikal dan gameplan yang aku cuba nak terapkan.


bermula dengan formasi 2-2 kemudian entah bila masanya tetiba je F.U tukar formasi dengan 1-3 kesilapan mudah dimana KL pendidikan mula main ball possession single attacker.


F.U sepatut main dua defend,satu active role manakala seorang lagi closed angle,manakala no dead ball on foot situation,itu taktik dalam perancangan awal aku.bukannya apa disebabkan 29/2/12 nanti F.U ada tournament patutnya korang faham apa yang aku nak sampaikan malam tu.cuba la ikut gameplan yang dah dirancangkan dari awal...


takkan dalam game tournament baru korang nak praktikkan  2 defender? bila masa nak praktis? bila masa nak cuba chemistery? lebih-lebih lagi siapa yang main role defend ni? 


 persoalannya...patut ke nak cari seorang lagi ahli F.U posisi defend?


gambar lama Kl pendidikan











Wednesday, January 18, 2012

FUTSAL KINGZ 2012

FUTSAL KINGZ 2012 : 29 JAN @ SRI GOMBAK
Tarikh : 29 Januari 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Futsal Sri Gombak @ Sinamax Sports Center, Taman Sri Gombak
Yuran Penyertaan : RM 140.00 (8 orang pemain)
Kategori : Lelaki Terbuka
Anjuran : Avicenna Enterprise

Hadiah :
Johan : RM 1,000.00 + Piala + Medal
Naib Johan : RM 500.00 + Medal
Ketiga : RM 250.00 + Medal
Keempat : RM 150.00 + Medal
5 - 8 : Saguhati

kalau berminat sila replay A.S.A.P...pendaftaran murah so kalau boleh kita join.tq




Tuesday, January 17, 2012

Half work


Date: 11/1/12
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs  Scorelex F.C 
jersy: F.U -black....    Scorelex F.C     - white


final score : F.U squad = 8 ...     Scorelex F.C    =11


line up-

Nakazato
Krul
Ricky
Endy
Numan
Adam
Arif


kekalahan pertama untuk tahun ini.


sebenarnya takde apa-apa yang special pun.tapi makin lama game makin drop,nak kata tak ditegur tak juga,briefing sebelum game pun dah buat.so harap performance dan attitude korang boleh adjust lepas ni.


utk sesion lepas F.U di ajak repeat oleh Scorelex F.C kat tempat dan masa yang sama.
cuma player untuk Scorelex F.C dan game plan diaorang je berubah.dah tak gunakan mid core untuk passing,bertahan pun dah baik,bila defend semua player turun.so chances for F.U try long range pun berkurangan,apa tah lagi nak dribble masuk.


so kebanyakan gol dari F.U adalah dari Krul(keeper) long throw kepada ricky untuk header for finisher.simple plan TETAPI risky.bila kita buat taktik long throw ni game macam biasa akan jadi EMO,sebabnya player F.U tak dapat control game.so bila dapat pegang bola semua nak dribble masuk cuba untuk shoot.bila attack 3 player kat atas 1 player kat mid court, bila lost control,bola hilang kat atas F.U kena counter sorang je tinggal kat mid court so bila  Scorelex F.C  counter dengan 2 player ...F.U got pawned.bila F.U kena pawned hati pun panas,bila hati panas passing pun tah kemana,bila passing tah ke mana,F.U tak dapat score gol,bila F.U tak dapat score gol?? kalah la jawapannya,bila F.U kalah?? semua muka kelat aksen kamen.


kesimpulannya bila nak attack tu berpada-pada,kalau dah hilang bola kat atas tolong lah track balik ke kawasan sendiri.berdasarkan game lepas dengan Scorelex F.C punca utama kekalahan F.U adalah takde player yang role as active defender.takde covering,man marking pun loose,apatah lagi zone marking lagi takde.


untuk next session kita akan cuba pick up balik loose pieces  game lepas,repeat kesilapan dan cuba betulkan, 


reminder untuk session F.U akan cuba taktik baru.so senyum sikit,kalah takpe at least kita cuba yang terbaik.




-











Tuesday, January 10, 2012

cranking


please reply as soon as posibble..first tournament for F.U this year.

Saturday, January 7, 2012

K1 FURY


Date: 4/1/12
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs K1 Fury
jersy: F.U -black....   K1 Fury    - white


final score : F.U squad = 8 ...    K1 Fury   =7


line up-

Nakazato
Krul
Ricky
Endy
Numan
Adam
Arif


first game for this year...semua player dapat hadir pada game ini tahniah.
F.U bernasib baik sebab first game untuk tahun ni dah jumpa team tournament , nama asal team lawan kali ni adalah Twisted Fury tapi disebabkan beberapa player lama diaorang dah blah so tukar ke K1 Fury,tapi apa pun team ni bukan lagi masih power dengan shooting yang hebat tapi ada per nambahan dengan keeper yang kental.


so sedikit ulasan pasal game malam tu untuk F.U ye geng-


pada 20 minit pertama semuanya pasal game F.U leading score 5-0 memang hebat dan terbaik.kita gunakan semua ruang court yang ada sampai bucu-bucu corner pun boleh passing sampai situ, possession futsal yang kita praktikkan sampai ada kata-kata dari luar mengatakan memang kena team K1 Fury ni,team kapten silap pilih lawan.


lepas 20 minit F.U mula goyang...bukan sebab pressure dari K1 Fury tapi sebab over confident, dah takde passing kiri atau kanan lagi, semua nak shooting termasuk la aku.


dalam game yang lepas-lepas aku jarang nak tukar taktik bila dah pertengahan game, tapi kali ni terpaksa juga tukar taktik dari long ball possession ke compact mid diamond..
itu pun satu lagi kelemahan aku,bila bagi arahan dari luar team lawan dah dapat baca game plan F.U so dari main 2 - 2 formation diaorang tukar ke 3 - 1 formation counter taktikal. 


dan K1 Fury start to score dengan semua player F.U dah mula hilang arah.Kenji dengan shooting tak menjadi,passing tah kemana,adam lama sangat pegang bola lambat passing,Arif ambil posisi jauh dari ball,Endy angin dah abis, dan Ricky lost control in mid court,Numan confuse dengan game plan.


apa pun harap korang semua bersabar,ini biasa je kalau player semua ada memang kelam kabut sikit  buat permulaan ni untuk chemistry team work F.U. lagipun kena bagi peluang sama rata untuk semua player main,kalau lama sangat kat luar badan sejuk bila masuk court slow sikit lambat nak panas.


so untuk next week game harap bersedia.



Saturday, December 31, 2011

Release The Kraken !!.


Date: 29/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs All Star 1
jersy: F.U -black....  All Star 1   - mix


final score : F.U squad = 18 ...   All Star 1  =12


line up-

nakazato
Krul
Ricky
Endy
Numan




Adam-tak sihat
Arif-kat kampung.


Ini lah friendly terakhir untuk tahun 2011 dan antara game yang terbaik dari player-player F.U Squad,


taktikal ni aku rancang dari game lepas lagi dekat 5 hari pikir-pikir apa taktik yang bagus dan yang paling penting menang bergaya tak hinggat.


pasukan lawan yang di set pun bukan calang-calang player ,kalau diaorang ni pergi selection mana-mana team comfirm dapat tempat ,antara player All Star 1 ni player dari RMAF ( team askar), GREENLAND,DRE F.C dan beberapa EX-F.U Player sendiri.


Jadi disebabkan player F.U untuk game ni pun cukup-cukup takde reserve so aku rasa taktik KRAKEN adalah yang paling sesuai...atau dalam bahasa taktikal :Release The Kraken !!.


kalau korang perasan taktik ada beberapa kali aku cuba, Pro dan Kontra taktikal ni sama ada menang besar atau kalah teruk. macam di tournament sukan UKM aritu last game aku ada buat taktik ni resultnya kalah 1 - 8(grouping), tournament KPKK di segambut menang 5 - 0(semi final), tournament Total Futsal di kepong  menang 4-0(grouping) dan untuk PERINGATAN !!  taktik ni hanya untuk game yang menentukan kalah mati je..kalau korang buat untuk 50-50 grouping memang nak cari nahas.


Definasi taktik ni senang je.,Attack first defend later, 


kalau dalam 5 minit tournament- attack 4 minit defend 1 minit.
kalau dalam 7 minit tournament- attack 6 minit defend 1 minit.
kalau dalam 1 jam Friendly - attack 45 minit defend 15 minit.


kalau dalam tournament atau friendly tu korang awal-awal dah defend so kena la attack sampai habis.


tapi ada beberapa step yang kena buat untuk pastikan taktik ni berjaya.


dan ada sedikit perbezaan untuk friendly dan tournament


Release The Kraken versi tournament-
-sebelum game yang korang nak guna taktik ni buka tali kasut,pasang balik 1 minit sebelum perlawanan korang.


-masuk ke court lewat-walau pun pengadil dah tiup wisel,tapi jangan sampai disqualified pulak.


-sentiasa buat dynamic warm up.


Release The Kraken versi friendly-


- wujudkan panik sebelum game.


contoh
-hantar sms pada semua player kata game dah nak start.minta doarang cepat
-jangan bagitau siapa team lawan cuma bagi hint kata team power ja.
-gunakan 5 player without reserve


tujuannya adalah untuk dapatkan MAXIMUM HEART RATE ZONE setiap player korang (google untuk penjelasan lanjut).


jadi dalam game ni nasib baik taktik tu menjadi cuma tang 15 minit defend je agak lemah sikit al maklum lah takde reserve jadi back tracking memang slow.apa pun F.U menang bergaya.dari mula sampai habis kita leading score,
kalau 15 minit bertahan tu kita steady resultnya mungkin 18 berbalas 8.,


All Star 1 control ball memang terbaik tapi terlampau berhati-hati dalam 7 player yang diaorang bawa cuma 2 player je kaki shooting yang lagi 5 cuma boleh  tapping dan posession je,mungkin diaorang terperangkap dengan taktik F.U yang lepas-lepas, kalau F.U guna taktik ball press memang F.U kalah sebab nisbah control ball dari F.U dalam 20% je posession yang lagi 80% All Star 1 pegang,cuma F.U lebih pada shooting dan attack,dimana player F.U yang pegang bola diatas akan terus selesaikan tanpa passing atau set pada team mate.


untuk info  buat masa ni ada beberapa permohonan player untuk join team F.U,tapi kita akan cuba berbincang antara player F.U dulu untuk tapisan.apa-apa hal nanti aku roger.


final result F.U squad = 18 ...   All Star 1  =12


jadi selamat tahun baru..see you all at our another session k.