Saturday, December 31, 2011

Release The Kraken !!.


Date: 29/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs All Star 1
jersy: F.U -black....  All Star 1   - mix


final score : F.U squad = 18 ...   All Star 1  =12


line up-

nakazato
Krul
Ricky
Endy
Numan




Adam-tak sihat
Arif-kat kampung.


Ini lah friendly terakhir untuk tahun 2011 dan antara game yang terbaik dari player-player F.U Squad,


taktikal ni aku rancang dari game lepas lagi dekat 5 hari pikir-pikir apa taktik yang bagus dan yang paling penting menang bergaya tak hinggat.


pasukan lawan yang di set pun bukan calang-calang player ,kalau diaorang ni pergi selection mana-mana team comfirm dapat tempat ,antara player All Star 1 ni player dari RMAF ( team askar), GREENLAND,DRE F.C dan beberapa EX-F.U Player sendiri.


Jadi disebabkan player F.U untuk game ni pun cukup-cukup takde reserve so aku rasa taktik KRAKEN adalah yang paling sesuai...atau dalam bahasa taktikal :Release The Kraken !!.


kalau korang perasan taktik ada beberapa kali aku cuba, Pro dan Kontra taktikal ni sama ada menang besar atau kalah teruk. macam di tournament sukan UKM aritu last game aku ada buat taktik ni resultnya kalah 1 - 8(grouping), tournament KPKK di segambut menang 5 - 0(semi final), tournament Total Futsal di kepong  menang 4-0(grouping) dan untuk PERINGATAN !!  taktik ni hanya untuk game yang menentukan kalah mati je..kalau korang buat untuk 50-50 grouping memang nak cari nahas.


Definasi taktik ni senang je.,Attack first defend later, 


kalau dalam 5 minit tournament- attack 4 minit defend 1 minit.
kalau dalam 7 minit tournament- attack 6 minit defend 1 minit.
kalau dalam 1 jam Friendly - attack 45 minit defend 15 minit.


kalau dalam tournament atau friendly tu korang awal-awal dah defend so kena la attack sampai habis.


tapi ada beberapa step yang kena buat untuk pastikan taktik ni berjaya.


dan ada sedikit perbezaan untuk friendly dan tournament


Release The Kraken versi tournament-
-sebelum game yang korang nak guna taktik ni buka tali kasut,pasang balik 1 minit sebelum perlawanan korang.


-masuk ke court lewat-walau pun pengadil dah tiup wisel,tapi jangan sampai disqualified pulak.


-sentiasa buat dynamic warm up.


Release The Kraken versi friendly-


- wujudkan panik sebelum game.


contoh
-hantar sms pada semua player kata game dah nak start.minta doarang cepat
-jangan bagitau siapa team lawan cuma bagi hint kata team power ja.
-gunakan 5 player without reserve


tujuannya adalah untuk dapatkan MAXIMUM HEART RATE ZONE setiap player korang (google untuk penjelasan lanjut).


jadi dalam game ni nasib baik taktik tu menjadi cuma tang 15 minit defend je agak lemah sikit al maklum lah takde reserve jadi back tracking memang slow.apa pun F.U menang bergaya.dari mula sampai habis kita leading score,
kalau 15 minit bertahan tu kita steady resultnya mungkin 18 berbalas 8.,


All Star 1 control ball memang terbaik tapi terlampau berhati-hati dalam 7 player yang diaorang bawa cuma 2 player je kaki shooting yang lagi 5 cuma boleh  tapping dan posession je,mungkin diaorang terperangkap dengan taktik F.U yang lepas-lepas, kalau F.U guna taktik ball press memang F.U kalah sebab nisbah control ball dari F.U dalam 20% je posession yang lagi 80% All Star 1 pegang,cuma F.U lebih pada shooting dan attack,dimana player F.U yang pegang bola diatas akan terus selesaikan tanpa passing atau set pada team mate.


untuk info  buat masa ni ada beberapa permohonan player untuk join team F.U,tapi kita akan cuba berbincang antara player F.U dulu untuk tapisan.apa-apa hal nanti aku roger.


final result F.U squad = 18 ...   All Star 1  =12


jadi selamat tahun baru..see you all at our another session k.









Saturday, December 24, 2011

Reserve Cavalry


Date: 22/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs Scorelex F.C
jersy: F.U -black.... Scorelex  -White


final score : F.U squad = 13 ...  Scorelex  F.C =11


line up-

nakazato
Arif
Ricky( datang lewat kena lagi up denda RM 5)
Along
Reserve Cavalry #1
Reserve Cavalry #2


Adam-train with main team for SFFT tournament
Krul-not feel well.
Endy-other commitment


mengikut perancangan awal FU sepatutnya ber session dengan pasukan K1 CFT yang di setkan oleh manager nya sendiri iaitu hafiz, tapi disebabkan masalah perbadi beberapa player diaorang so hafiz minta cancel friendly dengan team dia.


FU bernasib baik sebab last minit sempat juga cari team lain ganti iaitu Scorelex,yang diketuai oleh Wan chai.


kemudian lagi satu masaalah timbul, endy tak dapat datang sebab ada komitmen yang lain,krul pula tak sihat, manakala Adam pula kena panggil oleh pasukan utama dia untuk training sebab ada tournament sabtu minggu ni.


so aku terpaksa panggil along dan 2 player dari pasukan liverbird yang kebetulan ada friendly kat tempat yang sama cuma diaorang game pukul 9.


jadi untuk friendly kali ni macam biasa , game plan belasah digunakan sebab hampir separuh dari FU bukan pemain tetap,so memang taktikal ke laut.


dari mula lagi semua player baik dari FU atau Scorelex macam malu-malu pula,semua asyik backpass takde yang nak rembat agaknya,kalau gol pun semua gol lembut je..tak faham aku,korang bayar duit court tapi segan-segan nak try takut jaring koyak kot,...tapi kejap je segan nya,lepas FU lead 5-3 baru la skill dari arif,ricky baru nak keluar.


disebabkan aku dah biasa train dengan Scorelex dulu jadi taktikal dan game plan diaorang ni memang aku dah tahu,kebanyakan gerakan diaorang adalah dari pivot passing ke targetman iaitu pemain tengah diaorang sebeluh passing ke tepi sebelum cross balik untuk targetman shoot.Alo diaorang ni memang takkan try dari tepi atau solo,so kebanyakan gol diaorang adalah dari targetman atau Pivot yang ambil kedudukan dalam bulatan untuk shoot atau control game.


- untuk team yang guna game plan macam ni cara yang paling mudah adalah dengan main 2 orang Pivot on defend,dan satu Pivot bila menyerang.so bila alo dia cuba masuk dari tepi kiri atau kanan,player yang main Pivot akan stay dalam bulatan gol dan seorang lagi akan press dari mana bola tu ada.


dan lagi sekali FU menang lagi,walaupun dua-dua team  berbalas serang cuma FU lebih 2 gol je,


jadi next time kita akan cuba up tempo lagi,slow sangat korang ni,


apa pun harap korang bersedia untuk plan yang aku tengah atur untuk FU sepanjang tahun depan.


k see you all next week session.
                                                         




                       SCORELEX FC

Saturday, December 17, 2011

Y2K Alaf baru

Date: 15/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session F.U Squad Vs Y2K
jersy: F.U -black....Y2K -Red


final score : F.U squad = 16 ... Y2K F.T =06


line up-

nakazato
Arif
Ricky( datang lewat kena denda RM 3)
Adam
Endy
Krul (K)


player kena banned 2 minggu : Alif ( janji nak datang tapi tak datang)


first of all aku nak ucap terima kasih pada semua player F. U yang hadir .kerana anda semua team F.U ni masih bertahan dan yang paling penting masih mendapat diskaun court dari centermart futsal,walau pun F.U dah stop friendly kat tempat ni 2-3 bulan lepas.
dan terima kasih juga pada player yang tak hadir,kalau korang tak buat janji macam ni tak thrill la aku nak handle team ni,


berbalik pada friendly dengan Y2k F.T


aku memang takde info pasal team ni,serius tak pernah dengar,tah macam mana dia boleh contact aku untuk set friendly,walaupun patutnya F.U friendly dengan Omax F.T tapi disebabkan Omax F.t lambat untuk comfirm so aku terima la cabaran yang dihulur oleh Y2k F.T.


macam biasa player F.U datang dengan penuh semangat dan tepat masa mula dengan Endy(bergaya dengan jam baru) jeles aku.


kemudian Arif tiba jalan macam gangster,(tau la minggu lepas injured nak kaver kata dah ok la tu)


Krul pula sampai macam biasa...muka blur pi terus sampai kaunter tak nampak kitaorang kat sebelah,yang dia nampak si lia kat kaunter je...huh sempat cuci mata.


last sekali Adam, memula aku heran gak pasal selalu dia bila dah nak start game baru nampak muka tapi malam ni awal lak....sekali tengok belakang ada escort...patut la,kena bawak gi shopping dulu kut,tu yang awal sampai .


so macam biasa regular costumer,court belum buka lampu lagi kitaorang dah redah masuk.semua buat muka kaver budjet star,tunggu punya tunggu 10.25 baru player team Y2K F.T cukup,tu pun baru nak pakai kasut,jersi...nak beli air. 


memang malang la nasib team Y2K ni sebab F.U dah berpeluh warm up..selalu F.U kena komplen pasal team yang selalu slow,lambat panas dalam 10-15 minit pertama.


jadi bila start je belum masuk 5 minit F.U dah score 3...Y2K masih 0..kemudian aku tukar formasi pasal tengok Y2K F.T key player dia main pivot,skill control ball yang hebat,tapi kelemahan dia takde shooting,manakala passing agak lambat,suka pegang bola lama.


- kalau jumpa team yang macam ni adalah mudah untuk main press foward,mid court close angle.-


F.U formasi malam ni adalah Adam -pivot, Endy dan Arif(Ricky) full time flank,aku lebih pada targetman...main target adalah press pivot Y2K sambil Adam akan contol ball dari bawah,masuk ke tengah, sambil Arif,Endy dan Ricky akan buat rotating smiley flanker.jadi para-para flanker ni akan dapat space yang luas pasal diaorang akan rotate di bawah sambil Adam akan akan cover dari tengah manakala aku akan curi bola dan set pada flanker atau try sendiri.


macam biasa kalau ada plan dan semua player berdisplin ikut mesti la menang ye tak?
dari awal selepas F.U buat formasi ni F.U dah leading -9 berbalas Y2k -0.


full time score F.U -16 ....  Y2k F.T -6


sedikit info pada hujung bulan 12 kita kemungkinan akan pakai jersi baru(tunggu arif balik kampung ) dan bulan januari kita akan start main tournament balik.


tahniah semua..so jumpa next week.






Si Merah bertukar hitam

Date: 08/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session 

Fu ( blue) vs Myman Utd (Black)



final score : F.U squad = 14 ...Myman Utd =16


line up-

nakazato
Arif
Dickson
Alif
Endy
Krul (K)


Untuk friendly kali ni pada asalnya bebudak MCM Vs Myman Utd tapi MCM punya player tak ramai pulak.so aku terpaksa panggil Krul dengan Endy manakala Arif tak mengaku MCM malam tu pasal kena ban dgn admin MCM,Adam pulak main tournament kat klang, ricky last minit kansel pasal kena O.t...Massyukk.


jadi disebabkan ada beberapa muka baru..maka aku memang takde nak buat apa-apa taktikal pasal tak tau game Alif dengan Dickson...so game plannya belasah je. 


walau pun takde game plan tapi aku memang terkejut pasal Fu leading dari awal  5 berbalas 0.
awal takde la awal aku rasa dalam 15 minit macam tu baru Fu berjaya dapat gol pertama.


kemudian baru Myman Utd start kejar balik.pada pandangan aku Myman Utd ni team yang agak kuat,pakej diaorang agak complete pasal ball control baik, pasing tepat,main pun ada formasi cuma masalah diaorang ni takde goalkeeper...keeper tukar-tukar dengan player.so kalau korang jumpa team yang keeper dia tukar-tukar dengan player cara yang paling mudah ialah long shot atau ball set,sebab keeper macam ni akan guna kaki tak guna tangan.dive pun kureng apatah lagi side blocking...so tu yang Fu leading dari awal.


tapi apakan daya..player Fu memang xde yang fit untuk attack berterusan. tambah lagi adam as mid court shield xde pulak,arif pula boleh ter injured waktu ni.so memang Fu tak boleh nak buat apa,cuma sesekali buat counter dan press ball je.


so full time score Fu kecundang- 14 berbalas Myman Utd -16


apa pun congrats pada semua yang hadir.





game plan yang berjaya

Date: 01/12/11
location: centermart futsal
time: 10 pm
event: friendly session vs team Aril
jersy: -


final score : F.U squad = 16 ...team aril =14


line up-

nakazato
Arif
Along
Adam
Endy
Krul (K)


Setelah hampir berputus asa selama 2-3 bulan cari player untuk Fu squad dan dah memang rasa dah nak bubar team ni,
so ikut plan asalnya aku dah mula masuk akademi dan mula men'coaching' beberapa team junior dan akhirnya ikut cara yang betul iaitu masuk coaching course yang dianjurkan oleh Viking Futsal.


tapi kaki memang tak boleh tahan...hati pun asyik panas je....bila bosan selalu gak aku turun mana-mana court futsal cuci mata terutamanya SP subang jaya( awek main futsal kat sini banyak doh) memang panas tengok team-team lain friendly pakai jersi gempak bagai,kasut semua legit ori, rambut dah semestinya style ronaldo tapi sayangnya game hancur,skill rasa macam nak kena tampar kepala... sambil pandang keliling tayang skill tah hapa-hapa.


so besoknya aku start collect balik member-member lama yang masih setia menunggu sms aku untuk panggil game friendly...thanks bro-bro.


walaupun ada beberapa player yang aku harapkan untuk game ni tak dapat turun so nasib baik ada player yang free hari tu macam along,adam endy.arif, krul jadi la dari xde.


perancangan aku untuk game ni Fu akan main cara rotating compact daimond,sebab Adam ada so plan ni memang sesuai dengan cara adam control mid court , mana kala arif dan endy lebih kepada rotating spear,aku lebih pada pivot along,krul ganti-ganti jadi keeper buat sementara aku cari player lain.


dalam game ni semua ikut plan dan strategi tapi ada sikit lagi kena adjust ...pelan-pelan kayuh .
so kalau semua ikut plan mestilah Fu memang,yup leading dari minit pertama 6 berbalas 0,kemudian bila muka nampak dah kelat sikit baru team lawan start kejar balik tapi Fu masih bertahan dan menag bergaya macam menang pingat emas rasanya. tahniah semua.
so jumpa lagi next week k.



Friday, December 16, 2011

complete coaching course for futsal.

Futsal Coaching Certificate Level 0
Vikings Futsal MALAYSIA

Date               :           19 – 20 November 

 Time               :              8.00 am - 5.00 pm

 Location          :           Kompleks Rakan Muda Puchong
                                     Pejabat Belia dan Sukan
                                     Daerah Petaling
                       






                       

some of new pic